Malaysia's Premier Investment Education Leader

Di sini langkah pertama anda sebagai seorang trader

Seperti dilihat di

Siapa kami

Membantu rakyat Malaysia untuk celik kewangan.

Kami tubuhkan seminar dan kelas untuk berkongsi tentang kepentingan celik kewangan dan perancangan masa depan kepada rakyat Malaysia.

Apakah nilai utama kami

Integriti & Kepercayaan

Kami mengutamakan ketelusan dan etika tertinggi dalam setiap urusan kewangan, memastikan kepercayaan dan keyakinan pelanggan.

Penguasaan Kewangan

Kami komited dalam mendidik dan membimbing individu untuk mencapai kebebasan kewangan serta menguasai ilmu pelaburan.

Inovasi & Kecemerlangan

Kami sentiasa menerajui inovasi dalam strategi pelaburan dan menerapkan kepakaran bertaraf dunia bagi memberikan hasil terbaik.

Kejayaan Pelanggan

Kejayaan pelanggan adalah keutamaan kami. Kami menyediakan penyelesaian yang selari dengan matlamat kewangan dan kejayaan jangka panjang mereka.

Kelestarian & Pertumbuhan

Kami menumpukan kepada strategi pelaburan mampan yang bukan sahaja meningkatkan kekayaan tetapi juga memeliharanya untuk generasi akan datang.

Ketahanan & Kebolehsuaian

Dalam pasaran yang sentiasa berubah, kami kekal tangkas, menyesuaikan diri dengan perubahan dan menjadikan cabaran sebagai peluang.

Dato' Dr. Nazri Khan

Penganalisis Teknikal Bertauliah & Ahli Ekonomi

Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) adalah figura terkemuka dalam bidang pengurusan kewangan, pelaburan, dan ekonomi. Beliau diiktiraf luas atas sumbangannya dalam mendidik orang ramai mengenai kepentingan strategi pelaburan. Dengan rekod pengajaran melebihi 300,000 peserta, beliau telah memberi impak besar terhadap literasi kewangan.

Berpengalaman selama 26 tahun dalam bidang ekonomi dan pelaburan.
Pernah muncul di rancangan bual bicara "Menang Saham Bersama DDNK" di Astro Awani.
Felo Kehormat Seumur Hidup Persatuan Analisis Teknikal Malaysia (MATA) 2024.

Coaches

HANIFF ESKANDAR

Haniff Eskandar mempunyai lebih 9 tahun pengalaman dalam pasaran Bursa Malaysia dan 7 tahun dalam pasaran global termasuk Gold, BTC, Kripto, Paladium, dan Silver. Beliau pernah tersenarai sebagai 1 daripada 25 trader terbaik di Malaysia, Brunei, dan Singapura oleh broker terkemuka.

Sebagai speaker utama DDNK Academy, Haniff komited membimbing alumni melalui sesi pembelajaran dan mentoring berterusan. Dikenali dengan pendekatan ‘zero fluff’, beliau fokus pada teknik praktikal yang terbukti berkesan untuk menjana keuntungan konsisten. Haniff juga kerap dijemput dalam seminar pelaburan bagi berkongsi strategi mengenal pasti peluang dalam pasaran yang sentiasa berubah.

MOHD NUR AZHAR

Azhar memulakan kerjaya sebagai trader aktif dalam pasaran Forex dan Komoditi (Emas) selama lebih 8 tahun, menggabungkan Analisis Teknikal dan Fundamental sebagai asas utama dalam setiap keputusan. Kepakarannya membolehkan beliau merangka strategi konsisten untuk menjana keuntungan dan pulangan berterusan.

Sebagai speaker utama dan Research Analyst di DDNK Academy, Azhar dikenali sebagai mentor berdedikasi, khususnya dalam bidang Fundamental Analysis. Beliau aktif membimbing alumni melalui sesi mentoring komprehensif, membantu mereka memahami sentimen pasaran global dan membina keyakinan dalam dunia trading yang sentiasa berubah.

MASITAH ABD GHANI

Masitah Abd Ghani (Mashi) berkelulusan dalam analisis pelaburan dan kewangan dari UiTM, dengan pengalaman 11 tahun dalam pasaran Bursa Malaysia dan 5 tahun dalam pasaran global. Beliau pakar dalam analisis teknikal profesional dan diiktiraf sebagai Member of the Society of Technical Analysts (MSTA) serta pemegang sijil Certified Financial Technician (CFTe).

Mashi turut mahir dalam strategi penggunaan platform dagangan, perisian trading terkini, dan aplikasi teknologi AI dalam pelaburan moden. Sebagai tenaga pengajar di DDNK Academy, beliau komited membimbing alumni dalam memahami analisis teknikal serta memberi sokongan teknikal berterusan.

Belajar berdagang seperti Juara Trader Dunia

Bangsa Labur

Program trading untuk anda yang baru nak mulakan karier anda sebagai seorang trader.

Lokasi Kami

Alamat

Unit 09-23 Level 9
Berjaya Times Square
No.1 Jalan Imbi 55100
Kuala Lumpur

Phone

014-669 8307

PENAFIAN: Program latihan ini direka untuk membimbing peserta dalam mempelajari cara memulakan jual beli (trading) dalam instrumen tertentu, dengan pemilihan yang sesuai berdasarkan pengurusan kewangan yang betul serta tahap risiko yang diambil.

Harap maklum bahawa dunia trading melibatkan risiko yang perlu ditanggung oleh setiap peserta. Kejayaan atau kegagalan dalam trading bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk latihan berkala, ilmu yang diperoleh, disiplin, ketekunan, sikap, kerja keras, serta kesabaran individu. Tiada jaminan keuntungan diberikan, dan setiap keputusan yang dibuat adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.